Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika merempuh Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu terpaksa berhadapan masalah mencari calon yang sesuai untuk kawasan yang mereka tandinginya.
Pemimpin-pemimpin pelbagai peringkat ketika itu lebih banyak yang menolak dari yang menerima tawaran untuk dijadikan calon pilihan raya tahun itu.
Ketika itu, berdasarkan keputusan PRU-11 tahun 2004 sebelumnya, mereka menjangkakan calon-calon PKR hampir pasti tersungkur sekaligus menjadikan ianya tidak berbaloi.
Keadaan yang memeningkan kepala pemimpin parti peringkat pusat ini akhirnya berjaya juga diselesaikan dengan mengambil calon tangkap muat untuk mengisi kekosongan kouta kerusi yang diperuntukkan untuk PKR.
Tiba pada malam keputusan diumumkan, rata-rata terkejut, bukanlah terkejut kerana kalah teruk tetapi terkejut kerana ramai calon mereka termasuk calon tangkap muat tadi memenangi kerusi masing-masing.
Akhirnya pihak yang bersungguh-sungguh menolak untuk dijadikan calon tadi hanya mampu menepuk dahi sahaja apabila mengetahui calon PKR di kawasan yang ditawarkan kepadanya sebelum itu telah memperolehi kemenangan besar!
Calon musang bulu ayam tawar diri PRU-13
Tiba pada malam keputusan diumumkan, rata-rata terkejut, bukanlah terkejut kerana kalah teruk tetapi terkejut kerana ramai calon mereka termasuk calon tangkap muat tadi memenangi kerusi masing-masing.
Akhirnya pihak yang bersungguh-sungguh menolak untuk dijadikan calon tadi hanya mampu menepuk dahi sahaja apabila mengetahui calon PKR di kawasan yang ditawarkan kepadanya sebelum itu telah memperolehi kemenangan besar!
Calon musang bulu ayam tawar diri PRU-13
Hari ini ketika PKR sedang mempersiapkan dirinya menghadapi PRU-13, keadaan sebaliknya pula yang berlaku apabila parti itu tidaklah lagi berhadapan dengan masalah ketandusan calon yang bersedia menawarkan diri.
Keadaan ini terjadi akibat terdorong dari keputusan PRU-12 lalu yang telah memberi banyak kemenangan kepada ramai calon-calon dari PKR dan juga calon pembangkang lain.
Mereka yang termasuklah pihak yang pernah menolak untuk menjadi calon dalam PRU-12 lalu, hari ini terhegeh-hegeh melobi pemimpin pusat agar dipilih sebagai calon.
Secara tiba-tiba muncul pula ramai aktivis-aktivis muka baru dalam PKR yang semakin kerap ke atas dan ke bawah dan mendakwa bahawa mengenali sekelian pemimpin atasan parti.
Lebih hebat lagi, ada yang lebih berkeyakinan mendakwa mereka ini adalah calon yang mampu memberikan kemenangan kepada parti.
Saya tawarkan diri sebagai calon!
Kalaulah disebabkan mengenali pemimpin atasan parti boleh dijadikan ukuran kemampuan untuk seseorang dicalonkan dalam pilihan raya, dengan rasminya saya juga ingin menawarkan diri dipilih sebagai calon kerana boleh dikatakan hampir semua pemimpin PKR saya kenal.
Sungguh! Saya tidak berbohong sama sekali, malahan bukan sahaja pemimpin dari PKR malah pemimpin dari Umno termasuk tuan presiden mereka juga saya kenal.
Bagaimanapun saya tidaklah mengatakan yang mereka mengenali siapakah Nazli Ibrahim apabila saya pun cuma berpeluang mengenali mereka dari gambar di dada-dada akhbar sahaja!
Potensi calon pembangkang untuk menang dalam pilihan raya kali ini memang jauh lebih cerah berbanding pru-pru sebelumnya dan menjanjikan gelaran Yang Berhormat dengan pendapatan lumayan.
Kata-kata azimat membawa panji perjuangan oleh golongan seperti ini tidaklah lebih dari cakap kosong seorang hipokrit yang sebenarnya sedang mabukan kedudukan dan laba untuk kepentingan diri sendiri.
Pemimpin PKR pusat harus lebih berhati-hati dalam memilih calon-calon mereka kerana ramai di antara bakal-bakal calon ini merupakan musang berbulu ayam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan