Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi amaran amaran bahawa keputusan 'bersalah' yang dijatuhkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan liwat II akan menjejaskan reputasi Malaysia dari segi demokrasi.
Akhbar The Guardian dari United Kingdom, dalam kolumnya hari ini oleh penolong editor Simon Tidall, berkata orang yang harus dipersalahkan jika keputusan bersalah dijatuhkan adalah Najib.
Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.
Sambil membidas apa yang didakwanya sebagai "kecenderungan kuku besi" Najib dan usahanya "menakut-nakutkan rakyat secara terang-terangan",
kolumnis hal ehwal luar negera itu menggesa sekutu barat di Malaysia, untuk "melihat dengan lebih dekat gelagat rakan mereka itu".
"Malaysia adalah rakan dagang yang penting, rakan pengawalan senjata dan juga anggota sekutu gabungan Afghanistan. Tetapi rekod hak asasi manusia kerajaannya dan amalan demokrasi negara itu perlu diberi lebih penelitian ...
"Apabila pengalaman pahit Anwar menghampiri kemuncaknya, nampaknya tidak mungkin bahawa penanda aras ini akan dipenuhi. Persoalan seterusnya ialah: apa yang akan rakyat Malaysia dan rakan-rakan mereka lakukan?”
Menurut Tidall, dakwaan liwat yang dilemparkan selepas Pakatan Rakyat mengambil alih lima negeri pada pilihan raya umum 2008, "seolah-olah bukan suatu kebetulan".
"Sebagai pemimpin berkarisma pakatan pembangkang, Anwar merupakan cabaran terbesar bagi Najib untuk terus berkuasa," katanya.

* Malaysiakini
___________________________________________________________________
Sekiranya Najib memfokuskan kepada objektif melenyapkan karier politik Anwar, memenjarakan beliau adalah jalannya.
Sekiranya Najib memfokuskan kepada keuntungan politik beliau, Umno dan BN, beliau akan memilih untuk membebaskan Anwar.
Motif untuk mencalarkan imej Anwar ketika perbicaraan berlangsung telah pun tercapai. Ketika perbicaraan berjalan media arus perdana telah membuat liputan secara besar-besaran dengan memberikan gambaran jelas bahawa kejadian itu memang berlaku cuma yang dipersoalkan samada Saiful 'dirogol' atau dengan kerelaannya.
Kalau Saiful dirogol Anwar akan dipenjara dan sebaliknya jika dengan kerelaan ia masih memberikan gambaran buruk bahawa Anwar seorang kaki liwat.
Apa pun keputusannya, Najib telah berjaya mencapai motifnya memburukkan imej Anwar.
Meskipun ramai yang berpendapat seratus peratus Anwar akan didapati bersalah, saya berpendapat mahkamah akan membuat keputusan Anwar tidak bersalah dengan alasan kejadian liwat itu berlaku dengan kerelaan Saiful Buhari sendiri. Itu lebih menguntungkan Najib, Umno dan BN.
Apa pun keputusan mahkamah imej Anwar tetap berjaya dikotorkan. Memenjarakan Anwar sekali lagi hanya akan menyebabkan kekuatan momentum kebangkitan penolakkan terhadap Umno dan BN bertambah.
Najib tentu tidak mahu kejadian seumpama itu berlaku ketika suhu bahang pilihan raya semakin memuncak.
Keputusan Anwar tidak bersalah dengan alasan kononnya Saiful merelakan dirinya diliwat Anwar akan menjadi bahan kempen BN dalam PRU-13 nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan