Isnin, 5 Disember 2011

Idea KR1M menambah kaya dua, tiga orang

Dalam konteks membantu meringankan beban rakyat dalam menghadapi kenaikkan kos sara hidup, idea Kedai Rakyat 1Malaysia oleh Najib Razak didapati sangatlah tidak praktikal.

Pertama, liputan manfaat kewujudan kedai tersebut tidak dapat dinikmati oleh majoriti rakyat Malaysia sebaliknya hanya penduduk yang menduduki di kawasan berjarak sekitar lima KM persegi dari KR1M yang dibuka.

Bagi masyarakat yang kediaman mereka melebihi jarak tersebut pula dianggap tidaklah berbaloi untuk membeli-belah di KR1M apabila kos pengangkutan dan mungkin termasuk tol untuk ke sana akan hanya meningkatkan kos pebelanjaan.

Jika dibandingkan apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah PR seperti pemberian 20 meter padu, Tawas dan lain-lain walaupun sesetengahnya agak kecil nilainya tetapi manfaatnya lebih menyeluruh dapat dinikmati    keseluruhan rakyat negeri tebabit. 

Kedua, tambahan pula harga di kedai itu bukan sahaja didapati tidak banyak bezanya dengan harga di hyper market yang banyak terdapat di negara ini, malah ada harga sesetengah barangan pengguna yang lebih mahal berbanding di hyper market.

Selain itu, kualiti beberapa barangan pengguna juga boleh dipertikaikan dan menyebabkan pengguna ragu-ragu tahap keselamatan untuk menggunakan barangan tersebut.

Keadaan ini telah menimbulkan persoalan, mengapa harus diwujudkan KR1M ini apabila di negara ini mempunyai banyak kedai-kedai hyper market yang mampu menawarkan harga yang lebih baik berbanding kedai ini.

Sekiranya Najib betul jujur dan berazam untuk meringankan bebanan rakyat langkah yang paling relevan sekali ialah menurunakan harga beberapa barangan kawalan kerajaan seperti beras, petrol, tepung, gula dan lain-lain barangan pengguna lain.

Dalam isu ini, Najib dilihat tidak lebih dari hanya cuma mempromosikan retorik 1Malaysia nya itu dan menjadikan KR1M sebagai platform dan mendakwa kononnya menawarkan harga yang murah untuk rakyat.

Selain itu, tidak syak lagi, projek seperti ini juga hanya memberikan peluang kepada beberapa orang untuk menambahkan kekayaan mereka dari permulaan pembinan bangunan hinggalah kepada keuntungan jualan kedai itu.
   

Tiada ulasan:

Paparan Halaman