Tidak dapat dinafikan, meskipun rakyat negara ini terdedah dengan pelbagai sumber maklumat melalui internet, media arus perdana masih lagi merupakan penyebar maklumat atau propaganda yang paling luas liputannya.
Berbanding televisyen yang boleh dikatakan terdapat di semua rumah-rumah di negara ini sebaliknya internet pula bukanlah semua rakyat mempunyai akses terhadap kemudahan ini.
Lebih-lebih lagi bagi masyarakat luar bandar serta golongan veteran yang masih menganggap maklumat yang disampaikan di kaca tv adalah sesuatu yang sahih semata-mata.
Maka, disebabkan itulah kita dapat melihat media-media kawalan Umno-BN ini telah memaksimakan kelebihan yang ada untuk kempen mengangkat pemimpin-pemimpin Umno-BN dan memburuk-burukan pembangkang.
Bagaimanapun, akibat terlalu ghairah kerap kali juga mereka kelihatan terlajak atau gagal mantakrifkan samada maklumat yang disampaikan itu akan memberi kesan positif terhadap imej Umno-BN di mata masyarakat atau sebaliknya.
Antara contoh yang dapat kita lihat seperti mana berita di TV3 yang baru-baru ini menyiarkan berita beberapa pemimpin Umno menghadiahkan kek tahi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.
Hakikatnya, menggunakan bahan seperti itu untuk menjatuhkan imej pembangkang hanya memberikan imej buruk kepada Umno dan sekaligus memberikan tanggapan buruk masyarakat terhadap mentaliti mereka.
Selain itu, berita di TV1 yang menyiarkan berita sebuah kampung di Sarawak yang baru sahaja menerima bekalan elektrik baru-baru juga memberi persepsi buruk masyarakat terhadap Umno-BN.
Banyak lagi berita dari media arus perdana ini yang memberikan persepsi negatif terhadap Umno-BN dan semakin hampir pilihan raya semakin bertambahlah lagi berita seumpama ini.
Berita itu seolah-olah memberitahu bahawa kampung tersebut dan banyak lagi kampung-kampung lain dalam negara ini yang baru sahaja menerima bekalan elektrik, itu pun setelah 48 tahun Sarawak merdeka.
Tambah pula, di waktu musim pilihan raya hampir tiba, ia menimbulkan persepsi sebagai disebabkan kebimbangan Umno-BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini.
Tambah pula, di waktu musim pilihan raya hampir tiba, ia menimbulkan persepsi sebagai disebabkan kebimbangan Umno-BN dalam menghadapi pilihan raya akan datang ini.
Lebih teruk lagi, masih banyak lagi kampung-kampung yang tidak mendapat bekalan elektrik dan bekalan air bersih khususnya di kawasan di dalam negeri Sabah dan Sarawak yang selalunya dipinggirkan oleh Umno-BN.
Sebelum ini, banyak dilaporkan BN kerap menaburkan janji setiap kali menjelang pilihan raya.
Di beberapa tempat pula, apabila tiba musim pilihan raya, tiba-tiba tiang-tiang elektrik telah dipacak di sepanjang jalan di kampung-kampung terlibat.
Bagaimanapun penggal berganti penggal, janji yang ditaburkan sebelumnya masih tidak dilaksanakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan