Ahad, 18 Disember 2011

Patung menyerupai Anwar pula dikafankan

Siapakah yang bertanggungjawab dan sanggup bersusah payah 'mengkafankan Anwar Ibrahim' ini semata-mata untuk memalukan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu?

Lazimnya pihak yang melakukan perbuatan seperti ini menyedari  bahawa tindakan mereka tidaklah membawa sebarang manfaat kepada diri mereka kecuali perasaan seolah-olah merasakan cukup puas apabila melakukannya dan memperlihatkan kebodohan sendiri.

Menurut blog Kerajaan Rakyat, 'Mayat' yang siap dikafankan itu telah diletakkan di Bagan Serai di lokasi tapak ceramah umum yang turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden N Surendran.

Sepertimana dalam kejadian hadiah 'kek tahi manusia' kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini, imej Umno dan BN juga yang akhirnya ditanggapi dengan persepsi yang tidak menguntungkan mereka.

Sumber: Kerajaan Rakyat.

1 ulasan:

Azmi OMHSB berkata...

Ya Allah, selamatkan tanahair ku Malaysia..

******
Minta izin tuan tanah untuk iklan. Terima kasih :)

Jualan rumah banglo, Semi D, teres dan lain - lain dengan harga yang berpatutan.

Lokasi: Sekitar Jertih, Kg Padang, Jabi, Kg Bintang, Kg Raja, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu dan lain - lain tempat.

Kami sedia untuk membeli, menjual atau memajukan mana - mana lokasi tanah khususnya yang berpotensi untuk dibangunkan.

Ombak Murni Holding Sdn. Bhd (OMHSB)
En. Azmi bin Abdullah (Pegawai Pemasaran)
Tel: 019 920 5254

Paparan Halaman