Rabu, 14 Disember 2011

Najib desak Taib undur?

Meskipun telah berjanji untuk meletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas Pilihan Raya Umum Negeri (PRN) Sarawak lalu,  sehingga kini Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih enggan berbuat demikian.

Keadaan ini telah membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kurang senang dengan tindak-tanduk beliau itu.

Taib dianggap sebagai beban kepada BN Sarawak dan menjejaskan peluang BN untuk memenangi kembali kebanyakkan kerusi-kerusi parlimen yang dimenangi BN di Sarawak dalam PRU-12 pada 2008 lalu.

Dalam PRU-12 lalu,  BN berjaya memenangi pilihan raya itu dan membentuk kerajaan dengan dibantu dengan kemenangan kerusi BN dari Sabah dan Sarawak yang dianggap sebagai simpanan tetap BN.

Kehilangan kerusi di Sabah dan Sarawak akan memberi risiko BN tersungkur dalam PRU-13 nanti.

Imej beliau yang dilanda pelbagai skandal dalam dan luar negara yang melibatkan kekayaan luar biasanya telah menjadi sebutan masyarakat di Sarawak.

Terbaru, 13 NGO luar  negara mendesak Taib dan 13 ahli keluarganya ditangkap atas pelbagai dakwaan yang menyebabkan Panel Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengadakan mesyuarat khas tidak lama lagi, bagi membincangkan tindakan selanjutnya.

Menurut satu sumber ketika demam PRN Sarawak sedang melanda negeri itu tidak berapa lama dahulu, Taib dan Najib telah mencapai kata sepakat agar pusat memberi restu untuk Taib bertanding semula dan juga dilantik kembali sebagai Ketua Negeri itu.

Bagaimanapun, Najib dikatakan telah mengenakan syarat agar Taib berundur sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 berlangsung tidak berapa lama sahaja lagi.

Sebaliknya Taib kelihatan ragu-ragu disebabkan kebimbangan keselamatan kekayaan dirinya dan empayar perniagaannya bakal terjejas dan kemungkinan akan disiasat sekiranya beliau meletakkan jawatan.  


Tiada ulasan:

Paparan Halaman