Khamis, 15 Disember 2011

Umno sedia tawarkan kerusi utk Hassan Ali?

Isu dalaman Pas yang melibatkan exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hassan Ali yang diura-urakan akan keluar dari Pas semakin hangat diperkatakan.

Bagaimanapun sebelum ini Hassan Ali dalam satu kenyataannya kepada sebuah media tempatan berkata tidak mudah untuknya meninggalkan parti Pas yang disertainya semenjak tahun 1999 itu.

azlanMeskipun pendekatan berpolitik Hassan Ali dalam isu kerajaan perpaduan tidak berapa disenangi oleh pemimpin dan ahli parti itu sendiri, tetapi beliau dipercayai masih diperlukan untuk terus berada di dalam parti. 

Umno dan BN ketika ini sedang berusaha memancing dengan menggunakan pelbagai umpan bagi menjadikan ianya satu kenyataan dan sekiranya berjaya ia dianggap sebagai satu bonus tambahan kepada mileage politik mereka.

BC menjangkakan sekiranya beliau meninggalkan Pas untuk menyertai Umno, beliau akan menjadi satu-satunya politikus lompat parti yang bakal diberi kepercayaan oleh BN untuk bertanding menggunakan tiket BN dalam pilihan raya akan datang ini, sementara YB lompat parti lain Zul Nordin, Zahrain Mohamed Hashim dan yang lain-lain hanya menggigit jari.
____________________________________________________________________
 
Mahfuz: Hassan mahu keuar Pas, silakan

Oleh Jimadie Shah Othman

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

NONE"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

Nik Aziz: Rujuk dengan S'gor, bukan saya

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah) berkata, isu tersebut hentaklah dirujuk kepada pesuruhjaya PAS Selangor sendiri.

azlan"Saya ditanya sebentar tadi oleh wartawan berkenaan dengan kedudukan Dato Dr Hassan Ali, exco Selangor dalam PAS.

Saya katakan, setiap negeri ada pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kpd pesuruhjaya PAS Selangor, bukan pesuruhjaya PAS Kelantan," kata Nik Aziz.

Selain menteri besar, Nik Aziz juga mengetuai PAS Kelantan.

Menulis dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz berkata, selalu mursyidul am, beliau hanya akan mengulas isu melibatkan dasar parti dan bukan "isu teknikal".

"Namun, saya yakin, prbezaan yg berlaku dalam PAS tidak akan membawa kepada budaya fitnah dan mengaibkan sebagaimana parti tertentu," katanya.

Tiada ulasan:

Paparan Halaman