Sabtu, 10 Disember 2011

Umno, Perkasa anggap Malaysia hanya dimiliki Melayu

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dipetik dari The Malaysian Insider hari ini menganggap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) umpama Keris Taming Sari yang menlindungi orang-orang Melayu.

Pejuang ultra Melayu yang keletihan
Adakah Ibrahim cuba mengatakan bahawa nasib orang-orang Melayu ketika di zaman Kesultanan Melayu Melaka dahulu hanya bergantung kepada Keris Taming Sari dan adakah kewujudan ISA di negara ini hanya bertujuan melindungi kepentingan sesuatu kaum sahaja? 

Adakah kerana kewujudan ISA selama inilah yang menyebabkan kelangsungan hidup orang-orang Melayu dapat diteruskan hingga ke hari ini?
Pendapat jenis apakah ini?

Meskipun beliau merupakan seorang ahli parlimen bebas, umum mengetahui jiwa ultra Melayu yang dimilikinya menunjukkan sikap beliau yang pro-Umno.

Seperti mana kokokan Ibrahim, dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini turut menyerlahkan sikap perkauman parti itu dan seolah-olah menggambarkan bumi Malaysia ini hanyalah milik orang-orang Melayu-Umno sahaja.

Ucapan-ucapan pemimpin dan perwakilan Umno membayangkan bahawa pihak yang menyokong pembangkang termasuk orang-orang Melayu yang menentang Umno tidak layak tinggal di negara ini.


Beranikah Umno dan Ibrahim Ali mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa negara Malaysia ini milik orang-orang Melayu sahaja?

PERKASA: ISA senjata bagai Taming Sari lindungi Melayu.
Oleh Yow Hong Chieh

KUALA LUMPUR, 10 Dis — Datuk Ibrahim Ali menyamakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan keris tersohor Taming Sari sambil menegaskan, undang-undang itu penting sebagai “senjata” bagi melindungi hak asasi orang Melayu dari dicabar.

“Keris Taming Sari senjata bagi orang Melayu, ia sudah tidak ada sekarang.

“Di mana Taming Sari kita jika kita mahu melindungi kepentingan orang Melayu pada masa depan?” kata Presiden Perkasa pada Seminar Najib Razak yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini hari ini.

Ibrahim (gambar) menekankan bahawa semangat ISA, yang membolehkan penahanan seseorang tanpa dibicarakan, mesti diteruskan dalam undang-undang baru yang akan digubal tahun depan agar pihak polis ada kuasa untuk menangani isu-isu yang mengancam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Sehubungan itu kata beliau, cabaran-cabaran ke atas hegemoni orang Melayu termasuk isu kalimah Allah, perhimpunan Bersih 2.0 dan insiden meletakkan kepala khinzir di surau boleh mencabar sensitiviti agama.

* The Malaysian Insider

Tiada ulasan:

Paparan Halaman