Rencana bersiri bhg ke-4 (akhir) ini boleh diikuti melalui capaian di bawah.
Bhg Pertama: Perbandingan Prestasi BN era Abdullah dan era Najib
Bhg ke-2 : Islam Hadhari lawan 1 Malaysia
Bhg ke-3 : Ekonomi, bajet: Era Abdullah lwn era Najib
Rasuah era Abdullah lawan era Najib
Meskipun di era Abdullah yang dikenali dengan gelaran 'Mr Clean' turut dikaitkan dengan kontroversi salah guna kuasa yang dikaitkan keluarga terdekatnya, era Najib boleh dianggap yang terburuk dalam sejarah negara.
Meskipun di era Abdullah yang dikenali dengan gelaran 'Mr Clean' turut dikaitkan dengan kontroversi salah guna kuasa yang dikaitkan keluarga terdekatnya, era Najib boleh dianggap yang terburuk dalam sejarah negara.
Beberapa skandal seperti skandal PKFZ, NFC, istana Khir Toyo, Skandal perniagaan Taib Mahmud dan banyak lagi walaupun dikatakan berlaku ketika era sebelum Najib lagi, tetapi kerajaan yang dipimpin Najib hari ini terpaksa menerima padahnya.
Selain itu skandal tepat ke batang hidung Najib tambah menjejaskan reputasi beliau ialah skandal pembeliaan kapal selam Scorpene, pembelian kenderaan berperisai kegunaan Angkatan Tentera Malaysia, kehilangan dua enjit pesawat F-5E dan banyak lagi.
Indeks persepsi rasuah (CPI) yang dikeluarkan oleh badan bebas pemantau rasuah antara bangsa, Transparency International (TI), baru-baru ini turut menunjukkan prestasi negara jatuh merudum dengan banyak dari kedudukan 56 ke tangga ke 60 tahun ini.
Penguasaan BN era Abdullah dan Najib
Perbezaan ketara di era Abdullah selepas PRU-11, BN pernah berada dalam kedudukan cukup selesa setelah beroleh kemenangan cemerlang dalam PRU tersebut.
Manakala Najib pula mula mengambil alih pentadbiran negara ini dari Abdullah dengan keadaan BN sedang menghadapi masalah 'kecairan' kepercayaan pengundi dalam PRU-12 lalu.
Sedikit sebanyak kemerosotan teruk prestasi BN dalam PRU-12 itu telah menjadikan satu momentum baru, baru tersedar dan kebangkitan semula Yang Berhormat dari BN dengan berusaha lebih gigih dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat negara ini.
Sebelum ini, pada tanggapan YB dari BN ini, rakyat negara ini akan terus memilih mereka walau seteruk mana pun prestasi dan imej yang disandang oleh pemimpin BN.
Bagaimanapun pada masa yang sama, sesetengah pemerhati juga menganggap keputusan PRU-12 lalu sebagai papan lonjakkan baru bagi pembangkang untuk meluaskan penguasaan mereka dalam PRU-13 nanti.
Pembangkang PRU-12 dan PRU-13
Pakatan Rakyat (Pakatan) ketika menghadapi PRU-12 lalu tidaklah berada dalam keadaan ditekan seperti mana yang ada hari ini.
Antara penyebab utama, Pakatan ketika itu hanya memiliki Kelantan berbanding lima negeri dalam PRU-12 lalu.
Berbeza dengan BN, Pakatan Rakyat tidak banyak dibebani isu-isu yang membebankan mereka kecuali beberapa isu utama yang melibatkan isu lompat parti dan kes liwat 2 yang menyelubungi Ketua Umum Pakatan dalam menghadapi cabaran PRU-13 nanti.
Isu-isu lain selain isu lompat parti dan isu melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu boleh dianggap sebagai isu sampingan, tempelan dan sesetengahnya boleh dianggap remeh berbanding isu yang dihadapi BN.
Beberapa isu dijangkakan akan mendapat liputan besar-besaran oleh media kawalan kerajaan dalam kempen PRU-13 nanti termasuklah tiga isu utama iaitu isu lompat parti pemimpin pembangkang, rakaman video lucah dan tentu sekali tuduhan liwat 2 yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Meskipun pemimpin pembangkang sedang berusaha meyakinkan rakyat bahawa ianya merupakan konspirasi terancang pemimpin tertinggi Umno, sedikit sebanyak akan menjejaskan peluang Pakatan untuk menawan Putra Jaya.
Meskipun sesetengah masyarakat percaya bahawa ianya adalah satu konspirasi, ia masih boleh mempengaruhi undi sebahagian pengundi yang lain.
Berbanding pra PRU-12 lalu, Anwar Ibrahim masih dalam 'tempoh edah' yang tidak membenarkan beliau menyertai politik dan ketika itu juga Anwar tidak diuar-uarkan sebagai PM menanti sekiranya pembangkang menang.
Sebaliknya hari ini, Anwar dengan imej tercalarnya bukan sahaja mengetuai pakatan pembangkang bahkan turut diuar-uarkan sebagai bakal PM Malaysia sekiranya Pakatan memenangai PRU-13 nanti.
Sedikit sebanyak imej terluka Anwar ini akan mempengaruhi kesan undi terhadap parti-parti yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat. terhadap kepercayaan pengundi-pengundi negara ini.
Bagaimanapun, Anwar masih dianggap sebagai penggerak utama yang membawa kesepakatan parti-parti dalam Pakatan dan juga 'anchor' untuk sekali lagi 'swing' mengenai tepat kepada BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan