Sabtu, 24 Disember 2011

Kalau ke Segamat, jangan lupa cuba karipap 'rex'!

Bentuk bulat untuk berinti ayam (gambar hiasan)
Setelah hampir lebih 30 tahun, Karipap 'rex' di Segamat masih lagi mampu bertahan sebagai salah satu kuih kegemaran yang sering dijadikan hidangan minum petang oleh masyarkat di daerah Segamat.

Perniagaan yang pada awalnya terletak di hadapan Panggung Wayang Rex di jalan Haji kini telah berpindah ke hadapan pejabat pos daerah Segamat semenjak beberapa tahun lalu dan ia masih digilai ramai.

Oleh kerana lokasi asal perniagaan karipap yang berkonsepkan gerai tolak ini terletak di hadapan panggung rex lah yang menyebabkan ianya dipanggil karipap rex. 

Selain kegemaran saya karipap berinti ayam, gerai ini juga menawarkan karipap berinti telur rebus dan sardin yang semuanya memiliki keenakan luar biasa dan yang tidak rugi kalau membelinya.

Oleh kerana perniagaan karipap rex ini telah berjalan selama lebih 30 tahun maka tidaklah keterlaluan jika saya menganggap karipap ini sebagai salah satu makanan warisan di Segamat yang perlu dipertahankan.   

Meskipun saiznya telah dikecilkan berbanding dahulu,  ia masih kelihatan besar dari karipap-karipap yang biasa kita lihat.

Harganya pula lebih sedikit berbanding karipap biasa iaitu 70 sen satu atau tiga keping pada harga dua ringgit. 

Gerai ini memulakan perniagaan mereka bermula jam 1.00 petang hingga jam 6.00 petang setiap hari.

Sekiranya pembaca singgah ke Segamat, jangan lupa cuba karipap rex di bandar Segamat, berhadapan Pejabat Pos Daerah Segamat dan saya pasti pembaca tidak akan menyesal sebab inilah karipap terbaekkkk....!!! 
  

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tokey karipap ni nama dia abg zul duduk di kg gubah, memang berantu karipap ni.. Jangan lupa cuba kalau datang segamat, jangan lupa jugak try rojak utara MAN di sebelah maybank kat food court tapak kelab lama yang sekarang jadi tempat letak kereta. dia orang ni gerai tolak je tapi sodapppp. Cuba lah!!!!

Unknown berkata...

Terima kasih atas info saudara. Org Segamat jgn lupa try juga rojak utara Man sebelah Maybank tu

Unknown berkata...

40 tahun sudah, rex betul nih, masih ada lagi ker sekarang.

Paparan Halaman