Khamis, 8 Disember 2011

Ummi Hafilda mungkin bertanding PRU-13

Ummi Hafilda Ali ketika ditemuramah dalam Program Kerusi Panas terbitan Radio24 semalam memberitahu bahawa ada kemungkinan beliau akan dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Kenyataan beliau itu menyebabkan saya terfikir adakah kepimpinan tertinggi Umno yang ada sekarang telah menyedari bahawa Ummi Hafilda memiliki kriteria calon boleh menang seperti mana yang disyaratkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.



Selain Ummi Hafilda, adakah kepimpinan tertinggi Umno juga menyedari bahawa seorang lagi tokoh wanita dalam Umno iaitu isteri PM sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor yang bukan sahaja memiliki kriteria calon boleh menang, malah mempunyai kekuatan luar biasa untuk menumbangkan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang ini.

Jangan lupa juga, satu lagi nama yang mampu mengegarkan kubu PR iaitu Datuk Seri Sharizat Jalil yang juga merupakan Ketua Wanita Umno.

Sebagai salah seorang blogger, saya sudah dapat merasakan sekiranya mereka diturunkan sebagai calon BN dalam PRU nanti pasti akan menjadikan pemimpin PR dan media-media mereka termasuk blogger pro-PR menjadi gusar.

Pssstttt... Kepada blogger Pro-PR, sila bawa bertenang. Simpan peluru dan C4 anda dahulu! Kalau boleh bagi lobi sikit supaya dia orang ni betul-betul dicalonkan! 

Bayangkanlah kalau nama-nama dia orang ni betul-betul naik sebagai calon, tentu meriah kan!

Tiada ulasan:

Paparan Halaman