Aksi 'Datuk NFC' di mahkamah. Sumber dari TMI |
Antaranya, apabila melibatkan seseorang penjawat awam berpangkat rendah, penjawat awam tersebut seboleh-boleh menyorokkan mukanya dari lensa kamera media yang sedia mengambil peluang untuk merakam wajah tertuduh ini.
Tindakan sedemikian tentunya didorong oleh perasaan malu terhadap masyarakat lebih-lebih lagi terhadap sahabat-handai, saudara mara dan sebagainya yang mungkin akan terkejut apabila melihat wajah orang yang mereka kenal rapat muncul di kaca tv kerana didakwa atas tuduhan mengambil rasuah yang mungkin membabitkan nilai suapan beberapa ratus atau serendah kurang dari seratus ringgit.
Selain itu tindakan tertuduh-tertuduh yang seboleh-boleh menyorokkan muka mereka tentunya didorong agar perbuatan mereka tidak diketahui oleh orang-orang kampung yang boleh menyebabkan ibu bapa mereka di kampung halaman akan mendapat malu.
Bagi mereka ini, meskipun belum tentu lagi mereka memang ada melakukan salahlaku rasuah dan disabitkan bersalah oleh mahkamah, penampilan di mahkamah itu sahaja sudah memberikan persepsi buruk yang cukup memalukan dan dianggap sebagai menjatuhkan maruah mereka.
Sebaliknya, kecuali individu terkenal seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Dr Khir Toyo yang memang telah dikenali umum, reaksi berbeza pula yang ditunjukkan oleh individu yang memiliki kedudukan ketika dibawa ke mahkamah untuk dihadapkan tuduhan salahguna kuasa atau menerima suapan bernilai jutaan ringgit.
Tatkala melihat lensa-lensa media, mereka akan segera memberi reaksi senyuman manis sambil melambaikan tangan dengan lambaian ala ratu cantik umpama selebriti yang sedang berjalan di atas karpet merah atau gaya selebriti yang melangkah naik ke pentas untuk menerima anugerah.
Malu? Jauhlah sekali, kerana bagi 'selebriti-selebriti' ini dituduh merasuah atau menerima rasuah berjuta-juta ringgit tidaklah memalukan berbanding dengan kesalahan yang cuma melibatkan beberapa puluh atau ratusan ringgit yang menampakan sangat tertuduh seorang yang sengkek.
Sebenarnya apa pun reaksi orang kena tuduh ketika berhadapan dengan lensa kamera media tidaklah penting mana pun..
Tidak kiralah samada tertuduh menyorokkan muka di sebalik akhbar lama atau sapu tangan atau memasukan kepala ke dalam baju umpama kura-kura mahupun yang cuma tersengih sambil melambai-lambai kepada kamera kerana reaksi-reaksi tersebut tidaklah mempengaruhi keputusan mahkamah nanti.
Tambah pula, belum tentu lagi orang kena tuduh terbabit memang ada melakukan kesalahan yang boleh disabitkan atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka atau silap hari bulan cuma satu penganiayaan atau dijadikan kambing hitam.
Cuma kadang-kadang ada juga terlintas di fikiran saya, adakah nilai maruah manusia adalah berbeza-beza iaitu semakin tinggi status kekayaan manusia itu semakin rendahlah nilai maruahnya dan begitulah sebaliknya.

1 ulasan:
SEPANG, 31 Dis - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan dakwaan beliau melakukan penyelewengan wang zakat bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai berniat jahat.
Beliau menjelaskan wang yang digunakan adalah dari dana khas kerajaan kedalam bajet Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk pembayaran kos guaman.
Jamil Khir turut menambah kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah dana kepada MAIWP bagi peruntukan kes perebutan jenazah, kes melibatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah.
Beliau turut menempelak sikap pembangkang yang turut memainkan isu kos ubah suai rumahnya supaya membuat penyelidikan rapi sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah dan jahat.
"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.
Jamil Khir turut mencabar pihak berkenaan membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi penjelasan isu pembelian rumah yang dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.
===================================
Ternyata puak pakatan memang kaki fitnah !!
Catat Ulasan