Sabtu, 17 Disember 2011

"Razak dengan Najib ini, dua-dua bangsat! Celaka!"

Mana satu Azilah, mana satu Sirul?
Kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu telah pun sampai ke peringkat rayuan yang ditetapkan pada  10 Febuari depan.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39 ketika ini sedang berhadapan hukuman mati yang telah diputuskan oleh mahkamah Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini.


Abdul Razak Baginda yang mendapat 'sedap' apabila mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya dalam perbicaraan kes ini sebelumnya, hari ini bebas umpama burung berterbangan.

Sementara itu dua anggota komando Unit Tindakan Khas yang langung tidak mengenali Altantuya dan tidak mempunyai sebarang motif kecuali menjalankan arahan seseorang yang berkuasa akan berhadapan dengan hukuman mati.

Saya masih ingat, ketika hari mahkamah membebaskan Razak Baginda, seorang lelaki yang tidak saya kenali, mungkin sahabat atau saudara mara kepada Azilah atau Sirul telah meluahkan kemarahannya di perkarangan mahkamah.

Lelaki itu dengan nada marah berkata kepada seorang lagi rakannya "inilah dia, mentang-mentang kaya... ada kuasa. Razak dengan Najib, dua-dua ni memang bangsat! Celaka!"  katanya dengan muka yang merah padam menahan kemarahan. Saya cuma terpinga-pinga.    

______________________________________________________________________

Rayuan kes Altantuya pada 10 Febuari


Rayuan dua anggota polis yang disabitkan dengan pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu ditetapkan untuk pengurusan kes pada 10 Februari depan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Azmi Kari menetapkan tarikh itu selepas perkara itu dikemukakan kepada beliau pada Jumaat.

Hadir pada prosiding itu ialah peguam Datuk Hazman Ahmad dan J.Kuldeep Kumar yang mewakili Cif Inspektor adri, Azilah Hdan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bagi pihak pendakwaan. Hazman dan Kuldeep juga menyebut bagi pihak peguam Koperal Sirul Azhar Umar.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.

Kedua-dua mereka, yang merupakan komando dalam pasukan elit Unit Tindakan Khas, kemudiannya memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, didakwa bersubahat dengan kedua-dua tertuduh itu dalam kes pembunuhan Altantuya. Dia dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.

Hazman memberitahu pemberita bahawa rekod rayuan mengandungi 65 jilid dan tiga jilid adalah asas penghakiman oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin. Azilah dan Sirul memberi keterangan ketika membela diri, dengan Azilah memberi keterangan dari tempat duduk saksi manakala Sirul pula berbuat demikan dari kandang tertuduh.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh itu hanyalah “penafian dan menyalahkan satu sama lain.”

* KLToday

Tiada ulasan:

Paparan Halaman