Kesilapan dalam memilih rakan atau orang kepercayaan seperti mana yang berlaku memilih Saiful Buhari sebagai pembantu kepada DS Anwar Ibrahim adalah kesilapan yang membinasakan.
Oputunis ada di mana-mana sahaja dan bersedia merebut peluang yang ada. Penyelinap dari kem musuh juga ada di mana-mana di sekeliling kita dan bersedia mengambil peluang melakukan kerosakkan dari dalam lebih teruk.
-Beduk Canang
_____________________________________________________________________
Berhati-hati dengan manusia bernama Hashim Lim Abdullah
Oleh: Sulaiman Abdullah (Penulis Jemputan)
Sebagai ahli yang setia kepada hasrat perjuangan Pakatan Rakyat, penulis ingin menyeru kepada kepimpinan tertinggi parti terutama PKR agar berhati-hati dengan seorang individu bernama Hashim Lim Abdullah.
Ini kerana, dari maklumat yang penulis terima, Hashim Lim ini sekarang berbaik dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Nurul Izzah.
Mesti ramai yang tertanya mengapa perlu berhati-hati dan siapa Hashim Lim ini.
Serba sedikit latar belakangnya adalah dia pernah dibuang daerah ke Pulau Jerejak pada tahun 1979.
Pernah ada laporan polis dibuat oleh kakitangan KL Sentral apabila dia menayangkan pistol kepada salah seorang polis bantuan di kawasan itu.
Dia dikatakan bergaduh dengan polis bantuan itu dan akibat berang, dia mengeluarkan pistol miliknya untuk menakutkan polis bantuan tersebut.
Dia juga pernah ditangkap kerana menjadi bookie haram bola sepak di Happy Garden, KL.
Hebatnya, dalam kedua-dua kes besar di atas, Hashim Lim ini tidak didakwa pun. Tidak ada sebarang kertas siasatan yang dibuka.
Cuma yang terbaru dengarnya gelaran Datuk yang diterimanya dari Sabah telah ditarik balik. Baru sekarang ada orang sedar yang dia memiliki rekod jenayah lampau.
Penulis mengenali lelaki ini. Dia dahulu adalah salah seorang sahabat baik kepada Najib Tun Razak dan Rosmah Mansur.
Pada masa yang sama dia juga mempunyai hubungan yang baik dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.
Kat sini sudah nampak Hashim Lim ini adalah seorang yang pandai mengambil kesempatan. Dia makan dua-dua belah.
Cuma semenjak dua ini, dia sudah tidak lagi berpeluang untuk berjumpa Najib dengar ceritanya. Mungkin Najib mahu menjauhkan diri daripada orang macam ini lebih-lebih lagi memandangkan pilihanraya semakin hendak dekat.
Setakat ini, sudah tiga kali Hashim Lim bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Di sebalik semua itu, penulis melihat ada kemungkinan Hashim Lim ini hendak rapat dengan Datuk Seri Anwar sebab dia nak korek rahsia dan kelemahan Datuk Seri.
Menjelang pilihanraya ni kalau dapat rahsia, silap hari mahu jadi kaya raya. Dan itu pastinya peluang untuk dia rapat kembali dengan Najib.
Manusia bermuka-muka ni kena hati-hati. Penulis bimbang orang seperti ini ada agenda peribadi untuk mengenakan Datuk Seri Anwar.
Lebih membimbangkan Nurul Izzah yang masih agak mentah dan muda. Takut dia dipermainkan oleh manusia jenis ni.
* Suara Pakatan Rakyat
2 ulasan:
Ramai lagi orang dalam PKR yang wajib
dipantau kerana masih ada JIWA UMNO
yang kuat dalam diri mereka.Jenis ini
yang akan membahayakan Parti kelak.
Contoh yang nyata PKR Padang Rengas.
Dari Ketua Cabang hingga Setiausaha
semuanya disapu oleh kaum kerabat.
Perangai UMNO masih kuat dalam diri
Ketua Cabang ini!Berhati-hati juga
dengan mamat ini!!!!
setuju....ramai lagi yang PKR perlu pantau sebab ada spesis manusia dalam PKR yang datang diwaktu canang menawan Putrajaya harapan cerah.....masa demonstrasi dan waktu susah spesis ni tak wujud...perangai spesis ni hanya perlu derma pada parti dihadapan kepimpinan dan mengeluarkan dailog "kununnya" benci pada BN/UMNO sebab penyelewengan,rasuah dll.....pemimpin PKR pun angguk dan terpedaya....
Catat Ulasan