Meskipun Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara selama setahun, beliau disarankan agar melakukan sumpah laknat bagi membolehkan mahkamah menarik balik keputusan tersebut.
Saranan tersebut dibuat seorang ulama tersohor di seluruh dunia dan seorang pakar undang-undang negara yang cukup disegani.
Menurut Ulama terkenal itu, Syeikh Ustaz Haji Najib Razak, melakukan sumpah laknat di atas masjid akan membuktikan bahawa Khir tidak bersalah dalam kes rasuah tersebut.
"Dari dahulu saya tengok muka dia, amalan saya, saya tahu dia tak buat kerja macam itu dan saya juga beritahu dia agar melakukan sumpah laknat untuk membuktikan bahawa dia tidak bersalah dan seorang yang suci lagi bersih, tetapi dia berdegil.
"Sebab dia degillah yang boleh menjejaskan peluang Umno merampas Selangor semula.
"Mungkin dia tidak tahu bahawa saya telah keluarkan fatwa yang mahkamah diwajibkan menerima sumpah laknat orang-orang Umno sebab sumpah orang mempunyai keramatnya.
"Tapi hanya sumpah laknat selagi seseorang itu masih lagi ahli Umno sahaja yang terpakai, sekiranya dia lompat parti, hukum itu secara automatik akan gugur," ujar beliau.
Sementara itu, seorang pakar perundangan negara, Mahathir Mohammad, mengesahkan bahawa dari segi perundangan negara ini, mahkamah diwajibkan menerima sumpah laknat dari ahli-ahli Umno sahaja sebagai bukti yang sah tanpa boleh dicabar oleh pendakwa ataupun pembela.
"Mahkamah negara ini diwajibkan menerima sumpah laknat ahli Umno selaras dengan fatwa yang dikeluarkan oleh ulama tersohor, Ustaz Syeikh Najib.
"Dalam mesyuarat majlis hakim negara, mereka berpendapat amatlah merbahaya sekiranya menolak fatwa Ustaz Syeikh Najib sebab boleh mengakibatkan mereka dimakan sumpah ulama yang terkenal dengan sumpahannya yang cepat menjadi itu.
"Jadi, sekiranya Khir bersumpah dari awal lagi, sudah lama dia dibebaskan dan tidak perlu menjalani perbicaraan," kata beliau kepada wartawan.
* Ini adalah Berita Lawak. Berita sebenar adalah seperti di bawah.
_______________________________________________________________________
Rasuah: Khir Toyo dipenjara setahun
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah.
Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia.
Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari.
Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohtaruddin Baki berkata hukuman yang berat adalah perlu kerana dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dan swasta, kepentingan awam perlu diberi keutamaan.
Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan