Contohnya kalau raja itu datang ke sebuah masjid kita akan mendengar ungkapan "Baginda Tuanku telah sudi mencemar duli untuk bersolat dan beramah mesra dengan rakyat di Masjid Kampung Telaga Tunggal."
Aku tertanya-tanya adakah maksudnya, sifat ke-raja-annya itu akan tercemar kerana berjumpa rakyatnya dan tercemar sifat ke-raja-annya apabila datang ke rumah Allah iaitu masjid kampung Kampung Telaga Tunggal itu? Saya tidak tahu dan saya tidak mempunyai jawapannya.
Artikel Hisham Rais
Selepas itu saya terjumpa pula artikel ini yang dari gaya penulisannya dan gaya pemikiran penulis ini saya amat percaya ini tulisan Saudara Hisham Rais.
Selepas itu saya terjumpa pula artikel ini yang dari gaya penulisannya dan gaya pemikiran penulis ini saya amat percaya ini tulisan Saudara Hisham Rais.
Saya juga percaya artikel ini telah lama diterbitkan mungkin di Tukar Tiub, jadi tentu kebanyakkan pembaca telah membacanya sebelum ini.
Saya tidaklah pasti sejauh mana kebenaran tulisan yang ditulis Hisham ini sebab tidak pula beliau menyatakan sumber yang menjadi rujukkannya atau mungkin adakah berdasarkan penemuan beliau dalam pengalaman panjangnya berkelana di banyak tempat seluruh dunia.
Cuba tanya Kavita Kaur
Oleh kerana dalam tulisan beliau dalam Tukar Tiub, kerap juga beliau mengusik Kavita Kaur yang saya tidaklah tahu alasannya atau mungkin juga wanita cantik itu merupakan salah seorang kenalan rapatnya, maka mungkin saya patut tanyakan kepada Kavita Kaur apakah makna ayat mencemar duli itu. Manalah tahu kalau-kalau Kavita Kaur pernah dibisikkan maksud perkataan itu.
Tulis Hisham, "Tetapi orang Melayu sengaja dibodohkan agar terus terperangkap untuk tunduk melutut tanpa berfikir. Orang Melayu tidak diberi kefahaman yang jelas bahawa “menjunjung ke bawah duli” itu ertinya “menjunjung tapak kaki”. Orang Melayu tidak diberitahu bahawa “pacal” itu ertinya “anak anjing”.

“Patik pacal yang hina menyembah duli tuanku” bermakna “saya ini anak anjing yang hina menjunjung tapak kaki kamu”. Bukankah kenyataan ini kerja bodoh dan memperbodohkan diri sendiri?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan