gadis mangsa fitnah blogger Umno |
Sebelum ini kecoh dengan fitnah blogger Umno terhadap anak lelaki Lim Guan Eng yang difitnah kononnya mencabul seorang pelajar perempuan di sekolahnya.
Blogger upahan Umno tersebut turut memaparkan gambar 'mangsa' yang dikatakan buah dadanya diramas oleh anak lelaki Lim Guan Eng.
Siasat punya siasat, rupa-rupanya wanita yang didakwa dicabul itu adalah juara catur dari Hong Kong yang kini sedang menuntut di sebuah Universiti di Amerika.
Wanita tersebut juga telah 24 tahun dan tidak mungkin belajar sekelas dengan anak Lim Guan Eng yang masih belajar di sekolah menengah itu.
Selain itu gadis yang menjadi mangsa fitnah blogger Umno juga mendakwa beliau tidak pernah mengenali anak Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Terbaru mahasiswa yang menurunkan bendera Najib, Adam Adli pula menjadi mangsa fitnah blogger Umno.
Sekali lagi gambar yang ditunjukan itu berjaya dibuktikan adalah fitnah apabila gambar tersebut rupa-rupanya adalah gambar seorang gay Filipina yang diambil dari sebuah web lucah untuk kaum gay.
Keadaan ini telah mengesahkan lagi kecenderungan pihak mereka menggunakan politik lucah dan cenderung menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan.
Gambar gay Filipina tersebut boleh dilihat di blog Milo Suam
1 ulasan:
Budaya fitnah menjadi-jadi dlm UMNO...dan inilah warisan puak Anwar Ibrahim Maharaja Pembohong Nombor Wahid itu.
*Teringat-ingat fitnah puak Pak Syeikhtan tu terhadap Haji Suhaimi dan arwah Tun Ghafar dulu...
Catat Ulasan