Oleh Nazli Ibrahim
"Jangan ada sesiapa yang cuba mengkhianati dan menderhaka kepada telaga keramat kita. Kelak musibah yang melanda," tempik Tok Jib.
Maka pada malam itu Tok Imam Ajis, Lebai Nuar, Doktor Lam dan beberapa orang-orang kampung berkumpul dan mula berbincang untuk mencari jalan keluar dari bala yang menimpa kampung mereka itu.
Akhirnya mereka telah bersepakat dan bertekad untuk mengerakkan satu gerakan yang mereka namakan Gerakan Bersih bagi membersihkan persekitaran Kampung Telaga Tunggal.
Mereka juga telah sepakat untuk mengkambuskan telaga keramat Tok Jib itu yang bukan sahaja menjadi penyebab menularnya penyakit taun dan demam denggi, malah menyebabkan perbuatan syirik semakin menjadi-jadi di kampung itu.
Selang beberapa hari kemudian, orang-orang kampung yang terdiri daripada kumpulan Tok Imam Ajis, Lebai Nuar dan Doktor Lam yang disertai pegawai kesihatan dari bandar telah mebuat pemeriksaan dan bergotong-royong di seluruh kampung.
Setibanya mereka di kawasan rumah Tok Jib, mereka mendapati, orang-orang Tok Jib telah ramai berkumpul dan bersiap sedia untuk mempertahankan telaga keramat Tok Jib itu.
Bilangan pengikut Tok Jib pada hari itu tidaklah lagi terlalu ramai disebabkan kebanyakan penyokong Jib sudah mulai sedar kesilapan mereka mempercayai telaga keramat Tok Jib dan menyokong Tok Jib.
Meskipun bilangan mereka kecil, tetapi mereka lengkap bersenjata termasuklah Tok Jib dan Tok Pawang Kudin yang tersisip keris di pinggangnya.
Tambah pula, di kalangan mereka terdapat ahli kumpulan kawalan keselamatan kampung yang setia dengan Tok Jib yang dikerah menjadi benteng pertahanan Tok Jib dan juga telaga keramatnya itu.
Mereka ini bukan sahaja lengkap bersenjatakan belantan dan rotan, malahan mereka ini telah dilatih dengan seni mempertahankan diri bagi tujuan mengawal keselamatan harta benda dan keselamatan masyarakat kampung itu sebelum ini.
Sementara suasana di halaman rumah Tok Jib semakin riuh dengan pekikan penyokong Tok Jib dan kumpulan yang diketuai Tok Imam Ajis, lain pula yang berlaku di dalam rumah Tok Jib.
Mak Temah sembunyi cincin berliannya
Mak Temah sembunyi cincin berliannya
Mak Temah yang sedang tergesa-gesa menyembunyikan barang-barang kemas termasuk cincin berlian yang disayanginya di celah-celah lipatan baju dalam gendongannya itu tidak menghiraukan langsung dengan hiruk-pikuk di luar rumahnya.
Bagi Mak Temah dia harus bersedia sekiranya Tok Jib tersingkir dan memaksa dia dan Tok Jib meninggalkan Kampung Telaga Tunggal nanti.
Mak Temah bimbang, sekiranya semakin ramai orang kampung yang bangkit menentang mereka, lambat laun suaminya akan kehilangan kuasa sebagai ketua kampung.
Jika perkara itu terjadi, maka terpaksalah mereka meninggalkan kampung itu bagi mengelakkan dari mendapat malu terhadap orang- orang Kampung Telaga Tunggal.
Dia juga khuatir, sekiranya benar-benar perkara itu terjadi, rahsia seperti kegiatan menjual baja dan racun tanaman milik orang kampung dipasaran gelap, geran tanah miliknya yang berelong-relong luas deperolehi dengan cara menipu dan rahsia-rahsia lain pasti akan terbongkar.
Tok Jib, Pawang Kudin jual enjin pembajak
Tok Jib, Pawang Kudin jual enjin pembajak
Malahan kehilangan jentera pembajak milik bersama orang-orang kampung empat tahun lalu juga adalah angkara Tok Jib dan Tok Pawang Kudin yang telah bersusah payah membawa keluar jentera sebesar gajah dewasa itu dari kampung pada malam hari.
Setelah jentera pembajak itu berjaya dibawa keluar, mereka telah mencerai-ceraikan semua komponen jentera itu kecuali enjin dibiarkan sebongkah untuk dijual di pasaran gelap.
Manakala badan jentera yang telah diceraikan itu pula, dijual di sebuah kedai besi buruk yang terletak jauh dari pekan mereka.
Setalah mendapat hasil menjual jentera pembajak itu, Tok Jib dan Tok Pawang Kudin telah membahagikan-bahagikan hasil jualan jentera pembajak itu sesama mereka dengan sama rata.
Selain itu mereka turut menjamu anggota kawalan keselamatan kampung di sebuah restoren mamak di pekan dengan sekotak rokok setiap orang dan sedikit wang saguhati.
Tok Jib dan Tok Kudin mengacah keris
Di luar rumah Tok Jib, keadaan menjadi semakin tegang apabila Tok Jib dan Tok Pawang Kudin mula mengacah-acahkan keris mereka terhadap Tok Imam Ajis, Lebai Nuar, Doktor Lam dan penyokong-penyokong mereka yang lain.
Ketika suasana semakin kacau bilau itulah, tiba-tiba Tok Jib menghunuskan kerisnya ke udara, dan bertempik kuat.
“Telaga ini, telaga keramat. Telah banyak jasanya kepada bangsa dan kampung kita. Jangan ada sesiapa yang cuba mengkhianati telaga keramat kita. Kelak musibah yang melanda,” demikianlah tempik Tok Jib dan disambut dengan sorakkan orang-orang kampung yang masih menyokongnya….
Tiba-tiba seseorang memanggil nama saya dan menyebabkan lamunan saya terhenti setakat itu.
Ketika itu, dalam satu siaran langsung di kaca televisyen, seorang lelaki segak berbaju Melayu sepersalinan sedang berdiri di atas pentas utama di sebuah dewan serba mewah.
“Jangan ada sesiapa yang cuba mengkhianati parti keramat kita. Kelak musibah yang melanda,” laung lelaki segak itu dengan penuh bersemangat lalu disambut tepukan gemuruh oleh audien yang sebangsa dengannya.
Hari ini, entah kenapa mudah sahaja saya terkenangkan kisah yang pernah diceritakan oleh arwah Pak Hamid, jiran saya di kampung
ketika saya masih kanak-kanak dahulu dan kemudiannya menyebabkan saya tersenyum sendiri.
Hari ini, lagu yang hampir serupa dengan kisah yang pernah diceritakan kepada saya berpuluh tahun dahulu dinyanyikan semula.
Cuma bezanya kali ini, lagu yang hampir sama itu tidak lagi dinyanyikan oleh Tok Jib dan lelaki itu juga tidaklah lagi mempunyai keris seperti mana Tok Jib dan Tok Pawang Kudin di dalam cerita arwah Pak Hamid itu.
* Free Malaysia Today
1 ulasan:
Tahi kucing punya komen oleh blogger yang jadi pengkhianat bangsa. Boleh pi mampus ler kamu!
Catat Ulasan